JAMUAN PERSARAAN 2019

2 min read

CAWANGAN DIREKTORAT JKR HQ – Satu Majlis Jemuan sempana persaraan Timbalan Pengarah, En. Seblan Naib pada 01 Januari 2020 dan Ketua Penolong Pengarah Ir. Wong Kiek Soon pada 03 Januari 2020 telah diadakan.

Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Ir. Richard Jomiji Kinsil dalam ucapannya, mengucapkan selamat bersara kepada kedua-dua kakitangan yang bekal bersarah yang.

“Sebenarnya kedua-dua kakitangan ini masih diperlukan memandangkan jabatan masih kekurangan kakitangan pada masa ini.”

“En. Seblan adalah senior setahun dengan saya di fakulti kejuteraan di ITM. Saya ingat pada itu sangat sedikit orang Sabah. Yang saya kenal hanya Clerance Majuti Meratus A, En. Seblan, Raspin Jasni dan saya. En. Seblan ini sehabis diploma beliau balik untuk berkerja sebagai Pembantu Teknik sebelum ditukar kepada Pembantu kejuruteraan dan Penolong Jurutera pada masa ini, manakalah saya telah menghabiskan ijazah saya. Beginilah perbezaan senioriti kami dalam perkhidmatan sebagai jurutera. Jika beliau menghabiskan izajahnya, mungkin beliau suda menjadi pengarah sekarang,” katanya.

“Kami mempunyi banyak pengalama yang baik masa itu, ditambah lagi isteri beliau juga menuntut di tempat yang sama. Beliau sebelum ini merupakan pegawai pengangkutan awam di KPI. Beliau merupakan seorang yang baik hati, tidak mengamalkan sikap berpuak-puak. Jika beliau boleh di sambung, khidmat beliau masih diperlukan. Cara kerjanya yang sangat aktif dan sentiasa mencetuskan idea yang bernas banyak membantu saya dalam membuat keputusan. Bagaimanapun kita kena akur dengan sistem perkkhidmatan. Dalam masa dua tiga tahun berikut ini saya akan menyusul, kemudian En. Edward Lingkapo selepas saya. Kakitangan yang baru akan mengambil alih. Officer saya seperti Ketua Penolong Pengarah, En. Andy, dia menjalankan tugas dengan baik, suatu hari nanti mungkin beliau berada dikedudukan yang tinggi, sebagai timbalan atau pengarah,” tambahnya.

Kira-kira tiga puluh kakitangan turut hadir dalam majlis tersebut.
Oleh Media JKR.

>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita Lalu

Hakcipta 2020@ JKR SABAH SPORTS CLUB | Admin by vMs.