KARNIVAL SUKAN JKR SEMALAYSIA 2019
Karnival Sukan JKR SeMalaysia adalah merupakan acara dwi-tahunan Jabatan Kerja Raya Malaysia yang mana ianya melibatkan penyertaan dari Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKRM), Ibu Pejabat JKR Malaysia, semua JKR Negeri dan Wilayah Persekutuan, termasuklah CREaTE dan KADER (Sabah) dan juga pihak konsesi-konsesi yang terlibat.
Kejohanan ini adalah dilihat sebagai platform untuk memupuk semangat kerja berpasukan selain mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan mempromosikan cara hidup sihat semua warga KKR seluruh Malaysia.
Karnival Sukan JKR SeMalaysia 2017 telah diadakan di Negeri Terengganu di mana JKR Terengganu telah menjadi Tuan Rumah pada ketika itu. Semasa Upacara Penutupan kejohanan tersebut, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia telah membuat pengumuman bahawa kejohanan yang akan datang akan dianjurkan oleh JKR Sabah.
Sehubungan dengan itu, pihak JKR Sabah telah membentuk satu Jawatankuasa Penganjur yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah/Khidmat Teknikal, Ir. Richard Jomiji Kinsil, dengan tujuan untuk merancang dan melaksanakan semua aktiviti dan perkara dalam Karnival Sukan JKR SeMalaysia 2019 nanti. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab dalam memastikan agar semua dasar dan keputusan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak yang berkaitan.
Tarikh Kejohanan seperti yang telah dipersetujui oleh Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia adalah pada 22 – 24 FEBRUARI 2019 (JUMAAT – AHAD).
Venue Utama Kejohanan adalah bertempat di KOMPLEKS SUKAN KOTA KINABALU.
Terdapat sepuluh (10) acara sukan yang akan dipertandingkan dalam kejohanan kali ini, iaitu:
Setiap pasukan hendaklah mengambil bahagian MINIMUM dalam TIGA (3) ACARA SUKAN.
Setakat 01 Oktober 2019, seramai 28 pasukan/kontinjen telah mengesahkan penyertaan di mana dianggarkan seramai 1,697 orang pegawai dan atlet akan menyertai kejohanan ini.
Yuran Penyertaan adalah sebanyak RM350.00 bagi setiap Pegawai (Pengurus Pasukan dan Jurulatih) dan Atlet, kecuali Sukan Golf.
Bagi Sukan Golf, Yuran Penyertaan adalah sebanyak RM400.00 bagi setiap Pegawai (Pengurus Pasukan dan Jurulatih) dan Atlet termasuk VIP.
Dianggarkan sebanyak RM1.2 juta diperlukan untuk menganjurkan Karnival Sukan JKR SeMalaysia pada tahun 2019 nanti.
JKR Sabah perlu mencari dana dalam RM750,000.00 lagi untuk melaksanakan kejohanan ini.
Tarikh | Perkara |
09 Ogos 2018 | Mesyuarat Pertama Bersama Pasukan Negeri dan Konsesi. |
06 September 2018 | Mesyuarat Kedua Bersama Pasukan Negeri dan Konsesi.Pengesahan penyertaan dari pasukan.Bayaran deposit 10% dari jumlah Yuran Penyertaan. |
18 Oktober 2018 | Mesyuarat Ketiga Bersama Pasukan Negeri dan Konsesi.Cabutan undi untuk pasukan yang bertanding. |
30 November 2018 | Pengesahan senarai nama pegawai dan atlet kepada Jawatankuasa Penganjur. |
22 Februari 2019 | Taklimat kepada Pengurus-Pengurus Pasukan.Majlis Perasmian Karnival Sukan JKR SeMalaysia 2019. |
23 Februari 2019 | Majlis Makan Malam Karnival Sukan JKR SeMalaysia 2019. |
24 Februari 2019 | Majlis Penutupan Karnival Sukan JKR SeMalaysia 2019. |
Pihak penganjur akan menyediakan: